Kepentingan Falsafah Dalam Membentuk Kandungan Komunikasi.
Komunikasi adalah suatu keadaan di mana berlakunya pengaliran maklumat melalui saluran tertentu dengan tujuan tertentu.Manakal pembangunan merupakan suatu keadaan fizikal dan bukan fizikal yang berubah ke arah yang lebih baik (Hamdan dan Zulkarimein, 1992).
Falsafah amat penting dalam membina kepercayaan pembaca terhadap kandungan komunikasi. Ini untuk memastikan setiap intipati kandungan yang diberikan merupakan perkara yang asli, dan bukan rekaan. Kepercayaan pembaca terhadap bahan bacaannya akan mempengaruhi tindak tanduk seseorang. Kandungan komunikasi yang berkaitan dengan falsafah akan meneguhkan lagi kepercayaan dan tahap pengetahuan seseorang individu itu.
Falsafah boleh dikatakan sebagai rujukan di dalam suatu kandungan komunikasi. Ia umpama akar bagi sebuah pohon yang berdiri megah. Setiap kandungan yang diutarakan merupakan rujukan daripada falsafah yang diulas oleh ahli falsafah yang arif tentang sesuatu bidang. Pengukuhan pengetahuan ini yang akan membuktikan falsafah adalah penting sebagai rujukan.
Falsafah juga penting sebagai memberi informasi dalam membentuk kandungan komunikasi. Informasi atau maklumat yang diberikan tidaklah terbatas dari segi pengetahuan masa lampau ataupun masa kini. Pembaca akan dapat mengenalpasti jurang pengetahuan yang berlaku jika maklumat yang diberikan tidak relevan dengan isu pada masa kini. Jurang pengetahuan dapat dilihat hasilnya melalui kajian penyelidikan yang dijalankan melibatkan isu dalam bidang komunikasi.
Kepentingan lain yang dapat diperhati ialah individu itu dapat memahami apakah dasar dan asas sesebuah idea pemikiran itu dibuat. Dengan mengetahui dasarnya, ia dapat membuat kesimpulan dan keputusan sama ada idea tersebut mampu memberi kesan dalam kehidupan dan khususnya dalam kandungan komunikasi. Disamping itu juga, ia dapat menilai hujah-hujah serta bukti-bukti yang digunakan untuk membentuk sesebuah pemikiran itu, perkara ini menjadi tunjang keberjayaan dalam bidang komunikasi.
Secara amnya, komunikasi merupakan dasar daripada perubahan sosial. Perubahan yang dikehendaki dalam pembangunan tentunya perubahan ke arah yang lebih baik atau lebih maju daripada situasi sebelumnya. Oleh itu, peranan komunikasi dalam pembangunan perlu dikaitkan dengan arah perubahan sikap masyarakat dari satu tahap ke tahap yang lebih baik mengikut masa dan situasi yang berbeza.
Saya bersetuju bahawa falsafah sangat penting kepada masyarakat umum pada masa ini. Hal ini kerana falsafah sangat penting terhadap kandungan mesej komunikasi yang disampaikan kepada orang lain.Isi kandungan atau mesej yang ingin disampaikan haruslah berdasarkan kebenaran dan asli serta sahih. Sesuatu kandungan komunikasi yang kurang jelas akan memberikan kurang kepercayaan kepada orang lain dan masyarakat juga mempunyai pengetahuan mereka yang tersendiri tentang sesuatu perkara.
ReplyDeleteFalsafah juga memberikan maklumat kepada pengetahuan seseorang untuk lebih ke arah pemikiran yang luas dan mengetahui dalam semua perkara terutamanya dalam bidang komunikasi.