Bagaimana Falsafah boleh berfungsi dalam kehidupan kita?
Dalam sehari-hari kehidupan kita, kita sebenarnya sering terdedah kepada falsafah kita sendiri. Apa yang membezakannya ialah, individu yang mencintai dan memahami atau individu yang 'kurang' mencintai dan memahami. Tanpa kita sedari, kita telah menganuti salah satu aliran falsafah yang wujud didunia ini. Falsafah akan lebih bermakna dalam kehidupan sekiranya kita sendiri membentuknya dengan sistematik dan percaya kepada sesuatu kewujudan. Pentingnya falsah ini kerana, ia membantu kita untuk berfikir berteraskan logik agar setiap penilaian yang kita buat tidak akan memberikan kesan yang tidak diingini sekaligus membantu untuk mengelakkan diri dari kejahilan.
Falsafah sering berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari. Ianya berlaku kepada semua individu. Keadaan yang membezakan seseorang individu dengan individu yang lain ialah melalui bagaimana ianya dirungkaikan oleh seseorang itu atau melalui pemahaman seseorang mengenai sesebuah perkara tersebut. Falsafah berfungsi dalam kehidupan kita apabila ianya dapat membantu seseorang untuk berfikir lebih kritis dan mendalam mengenai sesuatu dan mampu untuk menentukan kebaikan, keburukan, kegunaan dan fungsi sesebuah perkara.
ReplyDeletePada pendapar saya, falsafah boleh berfungsi dalam kehidupan manusia kerana falsafah akan memberimakna kepada kehidupan jika ianya dibentuk dengan sistematik dan percaya kepada sesuatukewujudan. Jika ini menjadi perkara asas dalam falsafah maka pegangan seseorang tentangaspek ketuhanan tidak boleh dipertikaikan. Melalui falsafah manusia akan faham tentangaspek nilai dan membolehkan mereka berfikir tentang kesan sesuatu tindakan. Ia juga akanmembantu manusia untuk berfikir berteraskan logik agar sesuatu penilaian yang dibuattidak akan mendatangkan kesan yang tidak diingini selain melatih manusia untuk berfikir tentang kebenaran. Oleh itu dengan falsafah, kehidupan manusia akan menjadi lebih baik, berstruktur, berfokus dan bermatlamat
ReplyDeleteFalsafah boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita dalam aspek pendidikan. Hal ini kerana perkembangan ilmu falsafah pada masa kini sangat menggalakkan disebabkan aktiviti-aktiviti intelektual seperti perbahasan dan penyelidikan oleh ahli-ahli falsafah dalam mencari hakikat kebenaran dan tabiat sesuatu ilmu berdasarkan kemampuan akal.
ReplyDeleteFalsafah mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan pendidikan. Pendidikan itu sendiri adalah suatu bentuk falsafah yang menjawab bagaimana suatu ilmu yang benar dapat diperolehi dan apakah hubung kait penciptaan manusia ini di muka bumi Allah.
Oleh itu, falsafah dapat menunjukkan bahawa kehidupan manusia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan mempunyai matlamat yang tinggi.